MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-3 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

10 NOVEMBER 2019 | DEWAN AUDITORIUM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)

Days
Hours
Minutes
Seconds

Kolej Universiti Islam Perlis

Kolej Universiti Islam Perlis atau ringkasnya KUIPs merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang
ditubuhkan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Perlis dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

JEMPUTAN ISTIADAT KONVOKESYEN & tENTATIF MAJLIS

PENERIMA ANUGERAH REKTOR

Muhammad Irfan bin Haskimin, 21 tahun merupakan penuntut Diploma Syariah berasal dari Behoq Gonchaq, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Menuntut pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, seterusnya menyambung pengajian di KUIPs bermula Julai 2016. Beliau merupakan penerima Anugerah Dekan sepanjang pengajian di KUIPs bermula Julai 2016 hingga Disember 2018 (8 semester berturut-turut). Beliau seorang pelajar yang sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam pembelajaran dan seorang pelajar yang berbudi pekerti. Beliau pernah menyertai kokurikulum 7 pillars dan Berjaya menyelesaikan latihan praktikum di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan memperolehi keputusan cemerlang dan telah Berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan. Kini beliau sedang menunggu untuk menyambung ijazah.

Muhammad Irfan bin Haskimin
MUHAMMAD IRFAN BIN HASKIMIN
DIPLOMA SYARIAH

PENERIMA ANUGERAH IMTIYAZ

Anugerah Imtiyaz adalah anugerah yang diberikan oleh fakulti dan penerima anugerah ini perlu memenuhi syarat seperti menamatkan program dan berjaya memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan ke atas serta telah lulus latihan praktikal bagi pelajar yang perlu menjalani latihan praktikal. Penerima juga tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib dan aktif dalam Persatuan/Kelab/Badan Beruniform serta mempunyai sahsiah yang baik.

LEFTENAN MUDA (PA) LINA KHALIDA BINTI ABD RAHIM
IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM (KEPUJIAN)

Lina Khalida Binti Abd Rahim, berumur 22 tahun merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam (Kepujian), berasal dari Beseri, Perlis. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar dan seterusnya menyambung pengajian dalam Asasi Muamalah di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada tahun 2015. Kemudian, beliau menyambung pengajian di KUIPs dalam Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam (Kepujian) pada tahun 2016 sehingga 2019. Beliau menerima Anugerah Dekan untuk 6 semester sepanjang pengajian di KUIPs. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pegawai Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan Muda. Beliau telah menyertai kokurikulum 7 Pillars dan berjaya menghasilkan Kajian Ilmiah bertajuk “THESIS: Administration of Waqf property in Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) and how they mobilize fund to generate income”. Kini, beliau sedang menunggu untuk melangkah ke alam kerjaya.

RABIATUL ADAWIYAH SHAMSOL
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM


Rabiatul Adawiyah Bt Shamsol, 21 tahun merupakan penuntut Diploma Pengajian Islam berasal daripada Kampung Lubuk Saga Sidam Kiri Padang Serai Kedah. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik. Menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Faqiah Daimiah Permatang Pauh Pulau Pinang, seterusnya menyambung pengajian di KUIPs pada Oktober 2016 – Jun 2019. Beliau merupakan penerima Anugerah Dekan sepanjang pengajian di KUIPs. Beliau juga seorang penuntut yang penuh karisma dan berintegriti. Beliau memerlukan bantuan untuk menyambung pembelajaran ke peringkat seterusnya. Menetapkan misi ‘kejayaanku untuk insan terulungku” telah membantu beliau menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Senarai Graduan Konvokesyen

Istiadat Konvokesyen Ke-3 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

FAKULTI MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM

  • IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM (KEPUJIAN)
  • DIPLOMA PERBANKAN ISLAM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

  • DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
  • DIPLOMA SYARIAH
SYUMUL . TAKWA . DINAMIK
KUIPs
Kolej Universiti Islam Perlis

Copyright © 2018 Konvokesyen KUIPs | Powered by Webmaster

Scroll to Top